Isnin, 20 Oktober 2014

BINATANG KE SYURGA ATAU NERAKA.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

BINATANG KE SYURGA ATAU NERAKA

Islam adalah agama kasih sayang sekalipun terhadap binatang. Sehinggakan beberapa surah di dalam Al Qur’an, Allah SWT namakan dengan jenis-jenis binatang, di antaranya : Al-Baqarah (lembu betina), Al-An’am (binatang ternakan), Hud (burung Hud-hud), An-Nahl (lebah), An-Naml (semut) dan sebagainya.

PENCERAHAN :
Oleh itu, Islam menggesa umatnya berperi kemanusiaan sekalipun terhadap binatang kecuali binatang-binatang yang membahayakan dan yang memang dibolehkan untuk dibunuh, seperti sabda Rasulullah SAW, ”5 jenis binatang berbahaya yang dibolehkan untuk membunuhnya dalam keadaan tidak berihram atau berihram iaitu ular, burung gagak, tikus, ANJING gila dan burung rajawali.” (HR: Muslim)

PANDANGAN PERTAMA :
Berkaitan tentang binatang yang masuk syurga. Terbahagi kepada 3 macam iaitu :
1) Binatang yang akan masuk syurga, seperti yang dijelaskan dalam kitab “Tanwir al-Adzhan min Tafsir Ruh al-Bayan” disebutkan bahawa menurut muqatil ada 10 binatang yang akan masuk syurga iaitu unta Nabi Saleh as, anak sapi Nabi Ibrahim as, kibas Nabi Ismail as, sapi Nabi Musa as, Ikan Yu yang menelan Nabi Yunus as, keldai Uzair as, semut Nabi Sulaiman as, burung Hud-hud Ratu Balqis, ANJING Qidmir Ashabul Kahfi dan terakhir adalah unta Nabi Muhammad SAW. (Misykat al- Anwar)

2) Binatang yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadis yang memang dipersiapkan oleh Allah SWT untuk orang beriman di syurga, seperti burung-burung yang disebutkan di dalam firman-Nya,”Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqi’ah : 56)

3) Binatang yang memang ada di syurga, contoh; Dari Abi Ayyub dari Nabi SAW bersabda, ”Sesungguhnya penduduk syurga saling berkunjung dengan mengenderai unta putih yang bagaikan Yaqut (batu mulia). Tidak ada di syurga sesuatupun dari binatang ternak kecuali unta dan burung.” (HR. Thabrani)

Perlu difahami bahawa binatang-binatang yang ada di syurga tidaklah serupa dengan yang ada di dunia kecuali persamaan namanya saja. Sifat dan saiz yang sebenarnya hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahuinya.

PANDANGAN KEDUA :
Ada pandangan ulama' menyebut binatang-binatang ini ada diceritakan di dalam Al-Quran atau Hadis sahaja, bukan senarai binatang yang akan masuk syurga. Sebab mereka akan menjadi debu sahaja, tidak ke syurga dan tidak pula ke neraka.

“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain-lain. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk. Allah akan mengarahkan mereka : "Jadilah debu!". Maka berkatalah orang kafir : "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah." (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) (QS An-Naba’ : 40)

Ini telah diriwayatkan di dalam Hadis Nabi SAW (secara Marfu’) di dalam hadis tiupan sangkakala. (Ahmad Syakir. Umdah al-Tafsir 'an al-Hafiz Ibn Kathir, 1/772, Dar al-Wafaa')

Tidak perlu berbalah mengenai perkara ini. Perkara khilafiyah sahaja. Apa yang pasti, memang ada banyak binatang di syurga untuk santapan penghuninya. Antara cara menyemai benih pahala untuk dituai pada Hari Akhirat ialah berbuat baik kepada mereka. Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?” Rasulullah SAW menjawab; “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” (HR : Muslim)

KESIMPULAN ;
Jadi, manfaatkanlah kehadiran mereka untuk nasib yang baik pada Hari Akhirat nanti.  Janganlah zalimi mereka. Tetapi, sayangilah mereka dan berlaku adillah, cuma janganlah berlebih-lebih pula sehinga nak sentuh, usap, peluk, cium bagai... Wallahu a'lam - Kecik hati lembu, kambing, itik dan ayam, tidak pernah mendapat layanan seperti ANJING sekarang ! Ukay's (Ust. Hj. Kamil Sidek)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...