Sabtu, 19 Ogos 2017

Program Tahsin Solat

Tarikh : 19 Ogos 2017
Hari     : Sabtu
Tempat : Surau At Taqwa SMKSB


Syukur alhamdulillah krn Program Tahsin Solat telah selesai dijalankan . Apabila program diadakan pada hari sabtu ... Ia adalah mencabar ... Kerana apa ?? Kehadiran murid yang tidak 100% . Aktiviti kerohanian tak suka nak join . Kelas tambahan pada hari sabtu pun ramai yang ponteng ..mereka/murid2 ni lebih suka kpd aktiviti lain berbanding belajar . Inilah cabaran bg guru2 .

Program hari ini ..kehadiran 80% . Mudahan murid2  yang hadir dapat manfaat dan mrk dapat mengamalkan serta menjaga  solat fardu pada setiap waktu. Sangat menyedihkan apabila ada segelintir murid2 yg tidak solat . Mereka tahu solat itu WAJIB tetapi sikap malas dan ambil mudah menyebabkan solat itu ditinggalkan . Mudahan murid2 yg culas solat ... Dapat hidayah dan keinsafan .
Ustaz Mohd Ghazali Bin Abdul Rahim ( SAM Sg Hj Dorani ).. Terima kasih ustaz

Ustaz menerangkan cara berwuduk yang betul , perkara sunat dan perkara yang membatalkan wuduk

Peserta Tahsin Solat ..Tahniah atas kehadiran
Waktu rehat ... Bismillah 
setiap kumpulan murid dibimbing oleh fasilitator 
Tasmik bacaan dalam solat 
Selesai rukun qauli ... cek rukun fiqli
Terima kasih buat semua fasilitator kerana mengorbankan waktu cuti kalian .Semoga Allah membalas dengan sebaik2 ganjaran .

Sabtu, 12 Ogos 2017

Program Fiqh Wanita

Syukur alhamdulillah ...  Fiqh Wanita , dari wanita untuk wanita . Program ini telah
lama saya rancang malah sudah bertahun tahun perancangannya . Oleh kerana kekangan waktu dan program2 yang banyak maka ia tertangguh sekian lama.

Awal tahun 2017 ... Dalam perbincangan saya bersama pengetua ( Tn Hj Saroni ) ia meminta saya supaya merancang satu program untuk murid2 perempuan Islam. Program ilmu perlu diadakan pada setiap tengahari jumaat sebagai pengisian jiwa.

Mafhum Sabda Rasulullah SAW :
Daripada Abu Hurairah ra berkata , Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu , maka Allah SWT akan memudahkan jalan baginya untuk ke syurga .
( HR Muslim )

Inilah peluang utk saya merealisasikan apa yg dirancang selama ini. Terima kasih buat sahabat2 Panitia kerana bersama2 menjayakan Fiqh Wanita . 
Terima kasih juga buat rakan2 guru yang turut serta memberi komitmen . Semoga Allah SWT membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran .
Ceramah Aurat Wanita bersama ustazah Siti Fatimah 
Doa ketika menuntut ilmu
" Ya Allah , aku memohon kepada Engkau .. Ilmu yang bermanfaat , amal ibadah yang diterima , rezeki yang luas dan dekatkanlah diriku kepada perbuatan yang baik serta jauhkan daku dari perbuatan yang buruk "


Ustazah Rasyidah Bt Ja'apar memberi ceramah berkaitan tajuk " Darah Wanita "

Tekun mendengar ceramah dari ustazah Norsofiaton Jalilah Bt Ayub
Program Fiqh Wanita bersama ustazah Rabiatun bt Amir

Program  disudahi dengan solat zohor berjemaah  . Moga Allah SWT memberkati usaha kecil ini dan sama-sama kita doakan agar anak2 kami menjadi wanita solehah .

Daripada Abu Hurairah ra ... Rasulullah SAW bersabda : " Apabila mati seorang anak adam , maka akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkan dengannya ( oleh orang lain ) dan anak soleh yang mendoakannya "            ( HR Muslim )

Bengkel Kecemerlangan Pendidikan Islam

Tarikh : 12 Ogos 2017
Hari    : Sabtu
Masa  : 10.30 ~ 12.30 tengahari.
Tempat : Dewan Bestari SMK Sg Besar
Penceramah : Ustaz Zulkifli Bin Ahmad Noor ( SMK Dato Mustafa )

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi ..program dirancang berjalan dengan baik sekali. Sebenarnya setiap sekolah akan mengadakan pelbagai program bagi membantu meningkatkan prestasi murid2 . Semoga usaha murni ini mendatangkan hasil yang terbaik .

Didoakan agar mereka cemerlang dlm SPM 2017 .
Ustaz Zulkifli Ahmad Noor ( Guru Cemerlang Pend Islam )
Semoga mereka berjaya dalam Pendidikan Islam dengan cemerlang
Penceramah menyemak jawapan murid 
" Barangsiapa yang keluar untuk menuntut  ilmu maka dia di dalam sabilillah sehingga ia pulang " 
( HR At- Tarmizi )

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...