Jumaat, 13 Disember 2013

KETAHUI MENGENAI KENCING TIKUS

Leptospirosis / Kencing Tikus
Pejelasan ringkas Pengarah Kesihatan Pahang
(Melalui WhatsApp, 12 Dis 2013)


1. Untuk makluman semua, sebelum ni tidak banyak dikatakan tentang Leptospirosis atau kencing tikus sebab penyakit ini tidak digazet di dalam Akta Penyakit Berjangkit yang mandatori untuk doktor merawat melaporkannya sehingga 9 Dis 2010 baru mandatori dilaporkan.

2. Lepto disebabkan oleh bakteria. Bakteria ini dibawa oleh tikus dan boleh juga dibawa oleh binatang-binatang lain seperti anjing, lembu. Air kencing binatang pembawa kuman Lepto upaya untuk mencemari air serta tanah. Oleh itu manusia boleh dijangkiti bila mana terdedah kepada air atau tanah yang dicemari kuman Lepto.

3. Namun untuk menjangkiti ia perlu memasuki tubuh manusia melalui permukaan tubuh yang mempunyai luka yang membolehkan kuman Leptospira memasuki tubuh dan menyebabkan jangkitan. Kuman ini boleh juga memasuki tubuh melalui lapisan mukosa mata serta melalui mulut dan saluran pernafasan bila terdedah kepada 'splashes' atau semasa permukaan tubuh ini tersentuh tanah atau air tercemar, juga melalui air minuman dan makanan tercemar.

4. Apabila kuman memasuki tubuh manusia, kebiasaanya dalam tempoh 10 hari terdedah kepada jangkitan maka gejala dan tanda baru dirasai oleh pesakit. Namun tempoh ini boleh berlaku diantara 2 hingga 30 hari selepas dijangkiti.

5. Tanda dan gejala Leptospirosis ini pelbagai, dan adakalanya diperingkat awal ianya boleh mengelirukan kerana tanda dan gejala awal seakan denggi, tifoid dan meliodosis. Antara tanda dan gejala penyakit Leptospirosis adalah sakit kepala, sakit otot dan sendi, ruam di badan, loya, muntah, sakit perut dan cirit. Selepas itu akan muncul tanda-tanda kesan jangkitan ke atas organ-organ tubuh badan spt buah pinggang, hati, selaput otak, jantung. Jaundice atau kuning dan perdarahan usus dan paru2 boleh berlaku.

6. Kesan jangkitan turut berbeza ada yang cuma tanda-tanda ringan dan ada yang mendapat jangkitan yang serius dan menyebabkan kematian. Diagnosa dibuat melalui pemeriksaan darah. Terdapat antibiotik utk merawat penyakit ini di hospital.

7. Apa yang dapat dinyatakan adalah kita harus berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah terbaik untuk lindungi diri daripada terdedah kepada jangkitan Leptospirosis.

Sekian.

Khamis, 31 Oktober 2013

Majlis Penyampian Hadiah Pasca PMR

          Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan oleh pihak sekolah  sebagai pengisian program PASCA PMR 2013. Seperti pertandingan bola sepak, badminton,  congkak, catur, iorn chef, roket air , pertandingan Hafazan,  tulisan khat dan pelbagai lagi aktiviti.

      Tahniah kpd yg menerima hadiah dan Tahniah kpd murid2 yang menyertai aktiviti. 

Ahad, 27 Oktober 2013

Program Bersama YB Budiman Bin Hj Zohdi

       Hari ini 28 Oktober 2013... YB Budiman Bin Hj Zohdi datang ke sekolah SMK Sungai Besar  untuk memberi suntikan motivasi kepada calon2 SPM dan STPM 2013.

        Setelah itu calon2 menerima cenderahati dari YB Budiman iaitu  alat tulis untuk peperiksaan.  Terima kasih daun keladi...YB.  Tahun depan berilah sumbangan lagi buat anak2 didik kami..

Jumaat, 25 Oktober 2013

Pertandingan Tulisan khat

Pertandingan tulisan khat merupakan aktiviti ke empat yang dikendalikan oleh Panitia bagi program Pasca PMR 2013. Penyertaan murid sangat sedikit kerana hujan pada hari jumaat yang lepas  ..... mrk ambil kesempatan ponteng sekolah.  Sekolah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk mrk. Sedih.... murid tak datang sekolah...

Sekitar gambar pertandingan tulisan khat...

Pertandingan Hafazan

      Panitia Pendidikan Islam diamanahkan untuk mengendalikan pertandingan Hafazan Sempena program Pasca PMR 2013.  Hafazan..  .. pertandingan yang kurang mendapat sambutan di kalangan murid2 ku... sebab mereka tak hafal surah  yang panjang2 tu. Ada juga yang hafal.... sikit sgt jumlahnya. Itulah senario di SMK ni..

      Kali ini pertandingan Hafazan  mudah je..... hafaz surah yang pendek2 dlm juzu Amma. Tentu ramai yang hafal kan ... Jika kami gunakan ayat hafazan standard MTQ .... mesti tak dapat sambutan. Maka....ramailah yang mendaftar utk menyertai pertandingan.

     Pendaftaran di buka seminggu awal... semasa hari pertandingan.... jumlah peserta sudah bekurangan...sebab mrk dah ponteng sekolah. Kehadiran murid sepanjang program pasca memang tidak memuaskan.

Inilah gambar2 yang sempat diambil...
      

Rabu, 23 Oktober 2013

Penataran PBS Pendidikan Islam

23 Oktober 2013. ... Penataran PBS Pendidikan Islam bagi tingkatan 3 telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah cuma 17 tajuk sahaja bagi ting 3. Syukur Alhamdulillah. ....

Tahun depan  kami guru2 tingkatan 3 akan berdepan dgn pbs ini. Banyaknya yang perlu dilakukan. ... in shaa Allah,  pasti kami akan mahir juga dgn pbs nie.
Esok sambung lagi dengan bengkel utk membina instrumen.


meneliti dokumen
Bergambar dulu sebagai kenangan

semak dokumen.... banyak yang perlu difahami
Pemantau untuk penataran PBS oleh ketua Bidang...Pn Roziyah Tori

Hadiah Peningkatan Prestasi

Murid2 tingkatan 5 dikumpulkan di dataran Malaysiana.
Mereka akan menerima hadiah sebagai galakan dan satu suntikan motivasi agar mereka lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan akademik dalam peperiksaan SPM yang akan datang.

Bagi subjek Pendidikan Islam... murid yang akan menerima hadiah terdiri dalam dua kategori. Pertama ... murid yang memperolehi A dalam peperiksaan percubaan yang lepas.
Kategori yang kedua ialah mereka yang menunjukkan peningkatan prestasi. Tahniah dan syabas bagi 108 murid yang berjaya mendapat hadiah dari Panitia Peendidikan Islam.

Pelbagai hadiah telah disediakan oleh Panitia2. Bertuah la yang dapat hadiah banyak...Hadiah juga sebagai tanda penghargaan guru kepda muridnya.

pelbagai hadiah untuk mereka yang mendapat A dan meningkat prestasi
murid menerima hadiah
Hadiah dari Panitia Pendidikan Islam
Hadiah dari Panitia Matematik
Hadiah dari Panitia ERT
Hadiah dari Panitia Sejarah
Bestnya dapat hadiah

Selasa, 22 Oktober 2013

Program Pecutan Akhir Pendidikan Islam 2013

Program Pecutan Akhir Pendidikan Islam SPM  2013 telah diadakan di SAM Pasir Panjang. Membantu murid2 agar lulus dgn cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan datang.  Tinggal 3 minggu lagi... mereka akan menghadapi peperiksaan.

Tahniah kepada unit pendidikan Islam  JPNS dan usaha gigih guru2 cemerlang dalam usaha membantu murid2 ini agar lulus dlm subjek PAI.
Bila mrk balik dari program.... ada yg cakap... ohh senang je cara nk jawab... nape tak buat awal2  program nie . Haa.. Sekarang dah tahu.... buat betul2 masa periksa ye.
Gambar semasa program....
ustazah Padzriyah Bt Yaacob ( Guru Cemerlang )

Mendengar bengkel
khyusuk mendengar ceramah Pn Padzriyah
Guru memberi bimbingan
melihat tugasan murid
jauh perjalanan ... demi melihat anak2 ini berjaya
Terima kasih daun keladi.... tahun depan datang lagi

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...