Jumaat, 13 Disember 2013

KETAHUI MENGENAI KENCING TIKUS

Leptospirosis / Kencing Tikus
Pejelasan ringkas Pengarah Kesihatan Pahang
(Melalui WhatsApp, 12 Dis 2013)


1. Untuk makluman semua, sebelum ni tidak banyak dikatakan tentang Leptospirosis atau kencing tikus sebab penyakit ini tidak digazet di dalam Akta Penyakit Berjangkit yang mandatori untuk doktor merawat melaporkannya sehingga 9 Dis 2010 baru mandatori dilaporkan.

2. Lepto disebabkan oleh bakteria. Bakteria ini dibawa oleh tikus dan boleh juga dibawa oleh binatang-binatang lain seperti anjing, lembu. Air kencing binatang pembawa kuman Lepto upaya untuk mencemari air serta tanah. Oleh itu manusia boleh dijangkiti bila mana terdedah kepada air atau tanah yang dicemari kuman Lepto.

3. Namun untuk menjangkiti ia perlu memasuki tubuh manusia melalui permukaan tubuh yang mempunyai luka yang membolehkan kuman Leptospira memasuki tubuh dan menyebabkan jangkitan. Kuman ini boleh juga memasuki tubuh melalui lapisan mukosa mata serta melalui mulut dan saluran pernafasan bila terdedah kepada 'splashes' atau semasa permukaan tubuh ini tersentuh tanah atau air tercemar, juga melalui air minuman dan makanan tercemar.

4. Apabila kuman memasuki tubuh manusia, kebiasaanya dalam tempoh 10 hari terdedah kepada jangkitan maka gejala dan tanda baru dirasai oleh pesakit. Namun tempoh ini boleh berlaku diantara 2 hingga 30 hari selepas dijangkiti.

5. Tanda dan gejala Leptospirosis ini pelbagai, dan adakalanya diperingkat awal ianya boleh mengelirukan kerana tanda dan gejala awal seakan denggi, tifoid dan meliodosis. Antara tanda dan gejala penyakit Leptospirosis adalah sakit kepala, sakit otot dan sendi, ruam di badan, loya, muntah, sakit perut dan cirit. Selepas itu akan muncul tanda-tanda kesan jangkitan ke atas organ-organ tubuh badan spt buah pinggang, hati, selaput otak, jantung. Jaundice atau kuning dan perdarahan usus dan paru2 boleh berlaku.

6. Kesan jangkitan turut berbeza ada yang cuma tanda-tanda ringan dan ada yang mendapat jangkitan yang serius dan menyebabkan kematian. Diagnosa dibuat melalui pemeriksaan darah. Terdapat antibiotik utk merawat penyakit ini di hospital.

7. Apa yang dapat dinyatakan adalah kita harus berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah terbaik untuk lindungi diri daripada terdedah kepada jangkitan Leptospirosis.

Sekian.

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...