Ahad, 5 November 2017

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Tarikh  : 27 Oktober 2017
Hari     : Jumaat
Tempat : Surau At Taqwa SMK Sungai Besar
Objektif Program :

1.Murid mengetahui cara pengurusan jenazah yang betul.
2.Meningkatkan pengetahuan murid tentang ilmu fardu kifayah dan fardu Ain dalam kehidupan seharian.
3.Melahirkan murid yang dapat mengaplikasikan ilmu yang ada dalam kehidupan bermasyarakat.
          4. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Islam dalam pengajaran
Pengurusan jenazah .
Ceramah disampaikan oleh ustaz Mahadi bin Mohammad
memandikan jenazah
Murid diajar cara untuk mengkafan jenazah
Pengalaman baru buat mereka





KURSUS SIMULASI HAJI 2017

Alhamdulillah.... Kursus Simulasi Haji selesai diadakan pada 31 Oktober 2017 yang lalu. Kursus ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Sabak Bernam. Terima kasib kepada TH .

Kursus ini khas untuk murid Islam tingkatan empat dan tingkatan tiga. 
Ceramah disampaikan oleh ustaz Hj Suhaimi bin Jalil. Beliau merupakan seorang penceramah yang berpengalaman dalam bidang Haji. 
Dah siap pakai ihram

Ustaz Suhaimi memberi penerangan mengenai ibadah tawaf
Melakukan ibadah tawaf sebanyak 7 pusingan  walaupun cuaca panas
Ustaz Suhaimi memberi penerangan mengenai ibadah saie 
Melakukan ibadah saie dari bukt Safa ke Marwah 
Semoga kursus simulasi Haji ini memberi lebih kefahaman terhadap tajuk Ibadah Haji . Murid juga di bawa ke Arafah , Muzdalifah dan Mina untuk bermabit .( Gambar tiada disertakan )
Ustaz memberi taklimat mengenai ibadah melontar  Jamrah . Melontar jamrah pada 10 Zulhijjah dan pada hari2 Tasyrik  ( 11, 12 dan 13 Zulhijjah )
Murid melaksanakan melontar jamrah

Khamis, 5 Oktober 2017

Program Ihya Ramadan 2017

Program Ihya Ramadan dah lama berlalu .. Tp baru sempat nk upload. Biar gambar bercerita ..
Penceramah sempena program Ihya Ramadhan
Ceramah Ihya Ramadhan diadakan pada 14 Jun 2017 pada waktu kokurikulum 1.10 - 2.30 petang
Penuh Dewan Bestari
Majlis Iftar Jamie pada 17 Jun 2017 dihadiri guru dan murid 
Majlis Iftar dimulai dengan ceramah oleh ustaz Ahmad Zamri bin Shamsuddin . Kemudian solat maghrib  dan isyak berjemaah . Ditruskan dengan solat terawih dan moreh .

Tazkirah Ramadhan pada setiap pagi .. Tazkirah disampaikan oleh guru dan juga pelajar .
Majlis tadarus al-Quran kepada semua murid Islam bermula 13 Jun hingga 21 Jun 2017 . 
Mudahan al-Quran ini sentiasa dihati mereka .
Majlis Khatam Al-Quran yang diwakili oleh 20 murid lelaki . Selesai Majlis Khatam Al-Quran .. majlis diteruskan dengan pemberian cenderahati kepada murid yang terlibat dengan majlis khatam Al-Quran, pemberian kurma kepada semua murid dan guru Islam , pemberian duit hari raya dan pemberian beras fidyah .
Kempen sedekah pada setiap hari bulan ramadhan .
Keseluruhan derma  sepanjang bulan ramadhan ini sebanyak RM 12200.00 dijadikan  Duit Hari Raya dan diagihkan kepada anak yatim dan miskin.  Sesungguhnya sumbangan ini dapat mengembirakan mereka untuk menyambut hari raya Aidilfitri seterusnya memupuk sikap prihatin dan saling membantu kepada golongan yang memerlukan.
Program Fidyahku adalah program yang julung kalinya diadakan oleh Panitia Pendidikan Islam dan ia berjaya mengutip  RM1000.00 . Wang fidyah ditukarkan kepada nilai beras seterusnya diberikan kepada murid dan pekerja yang layak .
Tahun nie kali pertama mengadakan "Program Fidyahku ". Program ini memberi pendedahan kepada murid2 Islam tentang apa itu Fidyah ? Alhamdulillah program ini sangat mendapat sambutan dari rakan guru dan murid2 . Atas kesedaran mereka membayar fidyah kerana melewatkan qada puasa ramadhan . Panitia mengaggihkan beras kepada murid2 yang layak menerimanya . Pemberian beras fidyah juga diberi kepada semua pengawal2 keselamatan.
Pemberian beras fidyah kepada semua pekerja2 pembersihan di sekolah .
Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir , rakan2 guru , staf sekolah dan semua warga SMKSB yang membantu panitia menjayakan program ini.

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...