Ahad, 5 November 2017

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Tarikh  : 27 Oktober 2017
Hari     : Jumaat
Tempat : Surau At Taqwa SMK Sungai Besar
Objektif Program :

1.Murid mengetahui cara pengurusan jenazah yang betul.
2.Meningkatkan pengetahuan murid tentang ilmu fardu kifayah dan fardu Ain dalam kehidupan seharian.
3.Melahirkan murid yang dapat mengaplikasikan ilmu yang ada dalam kehidupan bermasyarakat.
          4. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Islam dalam pengajaran
Pengurusan jenazah .
Ceramah disampaikan oleh ustaz Mahadi bin Mohammad
memandikan jenazah
Murid diajar cara untuk mengkafan jenazah
Pengalaman baru buat mereka





KURSUS SIMULASI HAJI 2017

Alhamdulillah.... Kursus Simulasi Haji selesai diadakan pada 31 Oktober 2017 yang lalu. Kursus ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Sabak Bernam. Terima kasib kepada TH .

Kursus ini khas untuk murid Islam tingkatan empat dan tingkatan tiga. 
Ceramah disampaikan oleh ustaz Hj Suhaimi bin Jalil. Beliau merupakan seorang penceramah yang berpengalaman dalam bidang Haji. 
Dah siap pakai ihram

Ustaz Suhaimi memberi penerangan mengenai ibadah tawaf
Melakukan ibadah tawaf sebanyak 7 pusingan  walaupun cuaca panas
Ustaz Suhaimi memberi penerangan mengenai ibadah saie 
Melakukan ibadah saie dari bukt Safa ke Marwah 
Semoga kursus simulasi Haji ini memberi lebih kefahaman terhadap tajuk Ibadah Haji . Murid juga di bawa ke Arafah , Muzdalifah dan Mina untuk bermabit .( Gambar tiada disertakan )
Ustaz memberi taklimat mengenai ibadah melontar  Jamrah . Melontar jamrah pada 10 Zulhijjah dan pada hari2 Tasyrik  ( 11, 12 dan 13 Zulhijjah )
Murid melaksanakan melontar jamrah

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...