Rabu, 13 Mac 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



Menyambut dan menghayati Hari Kebesaran Islam seperti Sambutan Majlis  Maulidur Rasul merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. Majlis sambutan  ini merupakan suatu usaha ke arah memperingati dan menghayati sirah perjuangan Rasulullah S.A.W. seterusnya menghayati dan mengamalkan ajaran Rasulullah S.A.W.


Maulidur Rasul di sambut setiap tahun di sekolah . Pengisian ceramah adalah suatu yang sangat baik dan banyak memberi manfaat. Tiada perarakan atau banner, memadai dengan laungan selawat pelajar-pelajar dan guru.

Penceramah jemputan dengan gaya dan idea tersendiri , dapat menyentuh hati anak -anak didik kami. Kita usahakan program kerohanian seperti ini, sedarlah hanya Allah SWT yang memberi hidayah dan petunjuk kepada hambaNya. 

KURSUS SIMULASI HAJI


Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Malaysia cawangan Sabak Bernam telah mengadakan Kursus Simulasi Haji pada tahun 2012. Program dirancang bagi membantu murid agar lebih memahami serta dapat merasai sendiri amali ibadat haji  . Semoga program ini  dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap tajuk Ibadat Haji seterusnya dapat meningkatkan prestasi Pendidikan Islam SPM .


MATLAMAT KURSUS SIMULASI HAJI :

Melahirkan murid-murid Islam  yang dapat memahami ibadat Haji dengan lebih mendalam dan menanamkan keazaman dalam diri murid untuk menunaikan kewajipan Haji pada masa akan datang. Program Simulasi Haji juga merupakan salah satu program Perkembangan Staf bagi guru Pendidikan Islam SMK Sungai Besar.

OBJEKTIF

Program ini dirancang dengan tujuan  :-

1.1.Membimbing murid-murid agar lebih memahami tajuk Ibadat Haji.

1.2.Melahirkan murid-murid  yang mempunyai keazaman untuk melaksanakan ibadat Haji pada masa akan datang.

1.3.Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai situasi sebenar amalan ibadat haji.

1.4.Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Islam dalam pengajaran Ibadat Haji.


Murid mencari batu untuk melontar


Melakukan tawaf 



Ustaz Ramly memberikan penerangan sebelum melontar jamrah



MAJLIS BACAAN YASIN

Majlis Bacaan Yasin adalah aktiviti mingguan dan ia diadakan setiap pagi jumaat  bermula jam 7.15am hingga 7.30am. Semua pelajar  dan guru muslim akan turut serta dalam majlis ini. Selepas itu PDP berjalan seperti biasa. Majis Bacaan Yasin ini berjalan di minggu pertama persekolahan hingga minggu terakhir persekolahan.

Program ini adalah salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah sebagai satu pengisian rohani seterusnya membantu murid mencapai kecemerlangan akademik .

Program  mingguan ini dirancang dengan hasrat ianya mampu memupuk budaya  cinta kepada al- quran dan melahirkan insan murabbi yang cemerlang dunia dan akhirat. Diharap program ini dapat menyuntik kesedaran beragama sekaligus meningkatkan tahap penghayatan Islam di dalam rutin kehidupan seharian seorang individu yang bergelar muslim.


Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Muhid Bin Saian dan Ustaz Hj Mohd Redzuan Bin Kasim di atas pimpinan bacaan Yasin . Terima kasih jua diucapkan kepada semua warga SMK Sungai Besar atas sokongan dan komitmen anda.


LADAP frogasia

Panitia Pendidikan Islam bersama Panitia Sivik dan Panitia Pendidikan Moral telah mengadakan ladap  frogasia. Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Melalui frog guru-guru dapat memberi tugasan, ujian  dan menyemak tugasan secara maya. Pelajar pula dapat menghantar tugasan dan menyemak markah melalui frog VLE.

Kursus ini diadakan pada 8 Mac 2013 yang lepas. Menambah ilmu untuk kemudahan guru dan murid dalam pembelajaran maya. Frog nie bagus tetapi ia masih perlu kepada penambahbaikan. Akan datang frog ini tentu  memberi banyak  manfaat kepada semua guru. Sebagai contoh seorang guru yang berada di luar sekolah ,dapat memberikan latihan atau tugasan kepada murid melalui sistem ini. Tetapi tentu ada kelemahnannya juga . Bukan semua murid  kita mempunyai internet di rumah.  




.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...