Sabtu, 19 Oktober 2013

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH

Tahun ini... Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mengadakan bengkel Pengurusan Jenazah pada 17 Oktober yang lepas.Program ini juga sebagai satu pengisian Pasca PMR 2013. Saya telah menjemput Imam Kamal Bin Sahlan ( Imam Masjid Jamek Hisamuddin, Sabak Bernam) sebagai penceramah.

Program dimulakan dengan solat sunat Duha berjemaah seterusnya laungan Takbir Raya.
Bengkel Bermula jam 9.00 pagi .... dimulakan dengan adab2 menziarahi orang sakit, perkara yang perlu dilakukan pada saat menghadapi kematian , memandi jenazah, mengkafan jenazah, menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan jenazah.

Saya merasakan program ini wajar diadakan setiap tahun agar murid2 lebih mantap pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan jenazah. sekurang-kurangnya... apabila berlaku kematian di dalam rumah, mereka mampu untuk mengajarkan  orang yang nazak melafazkan kalimah ..Lailahaillah " menguruskan jenazah sebelum tok imam, orang kampung, saudara mara sampai.

solat sunat Duha sebelum memulakan aktiviti
Mengalu-alukan kehadiran Imam Kamal Bin Sahlan
Imam Kamal memulakan ceramah
Menunjukkan bahan yang diperlukan dalam urusan jenazah
contoh untuk baju jenazah
Menunjukkan cara untuk memandikan jenazah.... model jenazah senyum
Amali solat jenazah
kecil je yang jadi imam jenazah.... itulah Asyraf Alias
slot memandi jenazah

Gambar ketika mengkafan jenazah tiada kerana masa tu sebok urusan lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...