Sabtu, 6 Julai 2013

Lawatan ke Langkawi

Kelab guru Smk Sg Besar mengadakan lawatan ke langkawi pd 5 hingga 7 Julai 2013.  Alhamdulillah,  kami dapat pergi jua akhirnya.  Hampir ditunda ke tarikh lain apabila berita TV3 melaporkan banjir berlaku di Langkawi. Ketua lawatan mendapatkan maklumat dari pihak hotel dan agensi pelancongan untuk mengetahui keadaan sebenar di Langkawi.   Banjir kilat sahaja di Padang Mat Sirat... tempat lain ok.
     Bas mula bergerak dari Sg Besar jam 11.00 mlm dan sampai di jeti Kuala Perlis jam 5.11 am. Menginap di De Baron Resort yang cantik dan selesa. Oleh kerana syawal hampir tiba ....barang yg murah harganya... banyaklah yang di beli utk keperluan masing2.
       Kami pergi juga ke beberapa tempat bersejarah. Cable car tidak dibuka kerana masih dalam penyelengaraan.
So....  apalagi aktiviti shopping le yang banyak.

Khamis, 4 Julai 2013

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN

Panitia Pendidikan Islam SMK Sg Besar telah mengadakan ceramah di ambang Ramadhan pd 5 Julai 2013.  Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana memberi kemudahan kepada kami dalam meneruskan amar ma'ruf nahi munkar.
Semoga anak2 didik kami mendapat manfaat dan mengambil iktibar dari ceramah yg disampaikan. Terima kasih kpd penceramah jemputan ustaz Razali Bin Saari.
Terima kasih kpd semua yg turut membantu menjayakannya.

Rabu, 3 Julai 2013

Kejohanan sukan SMK Sg Besar 2013. Acara guru

Semasa Kejohanan sukan SMK Sg Besar pd 3 Julai 2013 . Telah diadakan  Acara sukan utk guru . Untuk memeriahkan majlis, ramai guru yg terlibat. 

Acara guru ialah membawa gelang getah menggunakan strow dan acara "semakin jauh semakin sayang", acara baling telur

Bersemangat rakan2 kita ni...

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...