Rabu, 15 Januari 2014

Raptai Merentas Desa

13 Januari 2014 yang lepas .... SMK telah mengadakan raptai untuk merentas desa. Kali nie kami bertugas di parit 1 1/2 . Seronok bila dapat bertugas di luar sekolah nie.... Dapat lihat  pemandangan sawah padi yang kuning keemasan. 

Kali pertama latihan .... hujan lebat, habis basah lencun guru dan murid-murid, terutama bagi mereka yang berada jauh di bendang . Apa pun yang berlaku ... guru perlu memastikan anak2 muridnya sampai dengan selamat hingga ke kawasan sekolah. 

Latihan merentas desa kali pertama ... hujan lebat

Semasa raptai merentas desa .... memancing dulu sebelum murid2 sampai.


Melihat gelagat anak murid ... ada yang lari bawa beg sekolah, ada yang jalan kaki lebih banyak dari berlari, lari sambil dengar lagu. Yang pasti ... mereka gembira dengan aktiviti yang mereka lakukan.

 sampai di sini dah tak lari ....

Bersemangat ....

Lelaki A ... laluan terus  hingga ke parit 2

Murid ting 3 lelaki .... laluan di parit 1 1/2 Sg Besar



Peronda ...

Kuning keemasan bila musim menuai


Ambil kesempatan dengan memancing...
Sebelum murid sampai .... memancing dulu. Bila budak2 dah habis melepasi chek point ... sambung lagi memancing. 

Dapat la ikan puyu ... Tq Jalina sebab bawa idea memancing nie. Dia siap bawa semua kelengkapan memancing. Bagus kan ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...