Khamis, 16 Januari 2014

Majlis Persaraan Ustazah Seribanun

16 Januari 2014 merupakan hari terakhir pn Seribanun berkhidmat di SMK Sg Besar. Beliau merupakan guru pertama yang bersara 60 tahun. Tahniah dan syabas diucapkan kerana beliau menyahut seruan kerajaan agar kakitangan awam berkhidmat hingga usia 60 tahun. Beliau menjadi contoh kepada guru2 lain agar terus berkhidmat dan usia bukan penghalang.

Walaupun hari ini kerjaya guru semakin mencabar .... tetapi ustazah Seribanun telah membuktikannya. Tahniah dan syabas sekali lagi. Beliau seorang yang ceria, bersemangat dan sentiasa membantu program2 panitia.

Semoga beliau terus diberi kesihatan, dimurahkan rezeki , bahagia bersama keluarga dan dapat beramal dengan tenang.
Ustaz Redzuan memimpin bacaan doa dan selawat

Ucapan dari PK HEM cikgu Arshad 

suasana dalam dewan ... 

ucapan ustazah Seribanun .... pesanan terakhir buat anak2 didik

menghayati ucapan dari ustazah Seribanun



Ambil gambar sebagai kenangan

sentiasa senyum dan ceria 

Antara hadiah yang diterima dari panitia, rakan dan pentadbiran


punch card terakhir .... bye SMK Sg Besar



Bersama teman2 .... Terima kasih Ustazah Seribanun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...