Pengertian Puasa :-
Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Kewajipan Berpuasa :-
Maksud Firman Allah SWT . ..."Pada bulan Ramadan, diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa "
(Surah Al-Baqarah : 185)
Niat Puasa -
"Sahaja aku berpuasa, pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
pada tahun ini kerana Allah Taala"
Rukun Puasa :-
1. Niat ( Tempohnya bermula sesudah tenggelam matahari hingga terbit fajar )
2. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari
Syarat Wajib Puasa :-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim ( Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada puasa selepas bulan Ramadan)
6. Suci dari Haid dan Nifas bagi wanita
Syarat Sah Puasa :-
1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz ( Tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak )
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan
Perkara Yang Membatalkan Puasa :-
1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari
Perkara Sunat Ketika Puasa :-
1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma dan air
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Membanyakkan Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh
Makruh Ketika Puasa :-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah
Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-
1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga