Selasa, 14 Oktober 2014

Nasi Lemak ... Nah Si Lemak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Selasa, 19 Zulhijjah 1435H. NASI LEMAK... NAH SI LEMAK !

Semalam sahabat Ust. Kay belanja makan nasi lemak, sungguh enak sampai senak. Saling tak tumpah macam masakan arwah emak. Nasi lemak memang makanan popular, dengan peredaran masa tetap tidak pudar, makan sampai kenyang sampai duduk tersandar, cuma jangan sampai di hospital terlantar.

Namun perubahannya tetap ada. Kini nasi lemak duduk di persada. Bukan sekadar di warung, di kaki lima, kini sampai di hotel pun ada. Di dalam negeri bahkan sampai di luar negara. Kena ada anjakan paradigma, perubahan mengikut arus semasa.

PENCERAHAN :
Ada 3 kekuatan untuk melakukan perubahan;
1. Hati & Fikiran (fikir untuk berubah)
2. Kata-kata (ikrar janji untuk berubah)
3. Tindakan (terus lakukan perubahan)

Perubahan yang dimaksud di sini ialah dari kedudukan bawah kepada makam yang lebih atas. Bukan statik kekal sama atau semakin merudum ke bawah. Dan sebelum merubah orang lain, ubah dulu diri sendiri. Firman Allah;

ِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…” (QS. Ar-Radd : 11).

Ya, kita mungkin tidak punya kekuatan serta kekuasaan untuk merubah sesuatu yg di luar kita. Tapi yg pasti, kita mempunyai kekuasaan untuk merubah diri sendiri. Dan bila setiap diri mau berubah, maka seluruh dunia akan berubah menjadi lebih baik. Orang bijak berkata, "Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself."

Oleh itu, bagi tujuan merubah diri khususnya anak-anak, pada 5 - 7 Disember 2014 ini, iaitu bermula pada pukul 3.00 petang Jumaat sehingga tengahari Ahad, Ust. Kay bersama sahabat-sahabat akan mengadakan Kem Cinta Allah, Rasul & Ibubapa (CARI). Bertempat di Pantai Indah Seaview Resort, Sungai Sembilang Selangor. Terbuka kepada semua anak-anak dan remaja dari umur 8 tahun sehingga 17 tahun, lelaki dan perempuan.

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK :
1.  Ice Breaking
2.  Beach Trekking
3.  CARI Explorace
4.  Karaoke CARI
5.  CARI Masterchef
6.  Cuit-cuit bersama Ustaz Kay (Kuliyah CCUK)
7.  Sand Palace Challenging
8.  Busana Muslim Show
9.  Tahsin Wuduk, Solat & Tahsin Al-Quran
10.DHUHA Time
11.Munajat Alam
12. Tautan Kasih Sentuhan Sayang bersama ibu bapa dan banyak lagi yg. best2 dan bermanfaat untuk anak-anak kita. Pelaburannya cuma RM 220.00 sahaja (grouping RM 200.00 setiap seorg). Percayalah, anak anda akan terisi cuti dengan bervisi.

Memang melakukan perubahan tidaklah semudah yang kita bayangkan atau harapkan. Lebih sukar lagi bagi perkara-perkara besar yang akan menentukan corak hidup dan masa depan kita atau anak-anak, perubahan itu akan terasa berat dan sukar. Namun sekurang-kurangnya kita sudah berusaha, biarpun berkali-kali...

Ia diibaratkan jika dari dulu kita menconteng sikit demi sedikit dinding yang luas sehingga pada suatu masa kita hendak padam balik contengan tu, pasti kita tak mampu untuk padam balik sekaligus. Tetapi kita boleh padam sedikit demi sedikit,  sehingga contengan itu dapat kita padam bersih semuanya sekali.

Seperti kita dan kereta. Hendak tukar kereta senang saja, hari ini kita pakai Perodua esok kita boleh tukar dan bergaya pula dengan Merce (secondhand). Namun untuk mengubah cara pemanduan itu yang sukar, mustahil dalam masa sehari. Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar.

KESIMPULAN :
Jangan biarkan anak-anak anda naik lemak. Makan tidur makan tidur di depan tv tanpa aktiviti. Biarkan anak-anak anda makan nasi lemak takpe...cuma jangan banyak sangat, nanti berlemak juga ! Wallahu a'lam - Suka nasi lemak yang kurang lemak. Ukay's (Ust. Hj. Kamil, untuk pendaftaran Kem CARI 0192319872)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...