Isnin, 20 Oktober 2014

Anjing Tetap Anjing

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (CCUK)
Isnin, 25 Zulhijjah 1435H.
ANJING TETAP ANJING !

Masyarakat Barat beranggapan ‘A Dog Is A Man’s Best Friend’ namun jika kita berkata; "You are like a dog." Mereka akan marah juga. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli. Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri.

PENCERAHAN :
Ust. Kay tidak bercadang untuk menghurai permasahan fiqh berkaitan kenajisan anjing ini. Ramai ulama' WhatsApp, Telegram atau Facebook telah mem'viral'kannya. Ust. Kay cuma nak lihat dari aspek kemasyarakatan dan kesihatan.

Jika masyarakat muslim khususnya orang Melayu rasa sensitif apabila sikap mereka ataupun amalan mereka tidak menyukai anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian di negara ini.

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
TIDAK SAMA SEKALI, sebab dalam al-Quran pun Allah menceritakan tentang anjing yang mengiringi para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Anjing yang bernama Qidmir itu antara binatang yang telah confirmed masuk syurga, kita yang manusia ini pun belum tentu lagi...

Betapa seorang pelacur yang buruk lakunya sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak berlaku adil kepada anjing.

Antara alasan-alasan yang diada-adakan mereka ialah :
1) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.
2) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.
3) Ini satu penindasan atau pencabulan hak asasi anjing.

Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan sesiapa sahaja yang datang.

Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai. Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai merbahayanya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing atau satu kekejaman!

Semua tegahan dan suruhan Allah SWT dapat dibuktikan ada hikmah dan kemaslahatannya. Antaranya, kenapa najis jenis ini diwajibkan membasuhnya 7 kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.

Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah. Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu Mammary Tumor Virus (MMTV).

Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing. Subhanallah...!

Apatah lagi jika membelanya di rumah. Antara alasan Ibnu Hajar ialah :
1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.
2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.
3. Keengganan Malaikat Rahmat masuk rumah yang ada anjing. (Malaikat Maut tetap masuk...)
4. Ada anjing yang terjadi daripada jelmaan jin (anjing hitam pekat).
5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu menjilat atau mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandungi air liur. Begitu juga tahi dan air kencing anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak nampak setelah kering. So, tak payahlah..!

KESIMPULAN :
Tak usahlah nak mengada-ngada hendak menyentuh, membelai atau mengusap binatang tersebut tanpa tujuan dan hajat, kerana tiada faedah dan pahala bagi orang yang melakukan pekerjaan yang sia-sia. Wallahu a'lam - Jangan menganjing sudah ! Ukay's (Ust. Hj. Kamil Sidek)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...