Khamis, 20 Julai 2017

Sambutan Hari Raya Perdana SMKSB

Setiap tahun ada sambutan Hari Raya Perdana peringkat sekolah . Panitia Pendidikan Islam pasti turut serta untuk memeriahkan majlis . Jom lihat kemeriahan majlis kami
Pengetua turut serta menyediakan nasi impit untuk jamuan hari raya esok ( Sabtu 17 Julai 2017 )
Banyak menu yang disediakan untuk murid2 .. nasi impit , laksa, bihun sup, mee goreng , kuey teow goreng , roti canai , buah-buahan , ais krim , pelbagai jenis air , kuih raya dan lain2  lagi.
Memang banyak menu ..
Nasi impit dan kuah kacang 

Gerai Bilik KP ... cendol sedap , buah-buahan dan keropok leko panas2
Berbaris menunggu Roti Canai
Gerai Panitia Pend Islam, mee goreng dan kuey teow ..... laku sangat2 tau 
Antara tetamu VIP yang hadir adalah YB Mohd Fasiah  
Jom kita saling bermaafan
Gigih mereka mencari baju melayu .. Tahniah
Cerianya mereka 

Jumaat, 7 April 2017

MAJLIS TADARUS AL QURAN(MTQ)

MTQ SMKSB ... diadakan setiap tahun diperingkat sekolah . Ia bertujuan mencungkil bakat2 terpendam  dalam kalangan murid.
Ia juga sbg persediaan utk MTQ daerah.
Sudah bertahun ... Penyertaan murid sekadar memeriahkan majlis .
Persaingan cukup sengit apabila bertemu dgn calon2 dari SABK , SMKA dan bertambah sengit apabila MITS juga turut terlibat .
Hakim syarahan spontan
Pertandingan Tilawah Al-Quran
Buat persediaan ..
Peserta Tilawah Al-Quran
Pertandingan Hafazan
Tahniah kepada yang menang ... 
Yang belum berjaya ... cuba lagi tahun akan datang . 

Selasa, 15 November 2016

Pengurusan Jenazah 2016

Tarikh : 11 November 2016
Tempat : Surau At Taqwa SMK Sungai Besar
Program Pengurusan Jenazah merupakan pengisian Pasca PT3 tahun 2016 . Murid - murid dilatih bagaimana untuk menguruskan jenazah apabila berlaku kematian . Ilmu fardu kifayah yang sepatutnya diketahui oleh semua  umat Islam .
senyum manis model yang dikafan
Bila dengar mereka faham, bila buat mereka ingat

Terima kasih pada penceramah ustaz Mahadi Mohammad 

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...