Isnin, 13 Julai 2015

Majlis Khatam Al-Quran Dan Nur Kasih

Kesibukan di bulan  Ramadhan  menyebabkan lambat nak update  blog. Alhamdulillah... minggu lepas selesai prgm Majlis  khatam  Al-Quran  dan  program  Nur  Kasih .
peserta khatam al-quran
Majlis Khatam Al-Quran pada 8 Julai 2015
Tahniah..
kehadiran waktu kokurikulum
Ucapan En Mohd Arshad ( PK HEM )
Pemberian duit Hari Raya ( Program Nur Kasih )
Pemberian cenderahati kepada peserta khatam al-quran
dapat duit hari raya ... 
Terima kasih kepada Pengetua, Barisan pentabir, guru2  , SMKSB, koperasi , 
semua penyumbang dan semua warga sekolah.
Cenderahati buat murid dan guru .... terima kasih PK koko, PIBG dan para penyumbang.

Sabtu, 11 Julai 2015

Program Ihya Ramadhan 2015

Panitia Pendidikan Islam  bersama  Persatuan  Agama  Islam  & Bahasa Arab telah menyusun pelbagai  aktiviti  sempena Ihya'  Ramadhan 2015 . Menghidupkan bulan  Ramadhan  dengan tadarus  Al-Quran, tazkirah , galakan sedeqah, ceramah  & kuiz, silangkata  Ramadhan, majlis  khatam  Al-Quran  dan program  Nur Kasih .
Ceramah Ihya' Ramadhan pada 24 Jun 2015 .... terima kasih kepada ustaz Ahmad Muhid
 ( Penceramah Ihya' Ramadhan )
Tahniah kepada murid2 yang berjaya menjawab soalan kuiz 
Tadarus al-Quran  .... semoga kalian meneruskan amalan ini wp bukan bulan ramadhan
Al-Quran yang menjadi petunjuk/hidayah ... fahami dan amalkan isi kandungannya
Terima kasih kpd murid2 yang memberi Tazkirah Ramadhan 
Khusyuk mendengar tazkirah .... moga mendapat hidayah dan Rahmat Allah SWT
Menjawab silangkata ramadhan .... murid dan guru2 yang sporting
Meriah aktiviti kokurikulum  dengan pengisian Ihya Ramadhan

Rabu, 17 Jun 2015

Puasa

Pengertian Puasa  :-

Menahan diri daripada  perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Kewajipan Berpuasa  :-

Maksud Firman Allah  SWT . ..."Pada bulan  Ramadan, diturunkan  al-Quran  yang menjadi petunjuk bagi manusia  dan penjelasan  daripada  hidayah  serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa  yang melihat bulan  Ramadan hendaklah  ia berpuasa  "
(Surah Al-Baqarah  : 185)

Niat Puasa -

"Sahaja aku berpuasa, pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
pada tahun ini kerana Allah Taala"

Rukun Puasa :-

1. Niat ( Tempohnya bermula sesudah tenggelam  matahari  hingga terbit fajar )
2. Menahan diri daripada  perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar  sehingga  terbenam  matahari

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim ( Musafir tidak wajib berpuasa  tetapi wajib mengqada puasa selepas bulan  Ramadan)
6. Suci dari Haid dan Nifas bagi wanita

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz ( Tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak )
3. Suci daripada  haid dan nifas
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma dan air
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Membanyakkan Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...