Rabu, 17 Jun 2015

Puasa

Pengertian Puasa  :-

Menahan diri daripada  perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Kewajipan Berpuasa  :-

Maksud Firman Allah  SWT . ..."Pada bulan  Ramadan, diturunkan  al-Quran  yang menjadi petunjuk bagi manusia  dan penjelasan  daripada  hidayah  serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa  yang melihat bulan  Ramadan hendaklah  ia berpuasa  "
(Surah Al-Baqarah  : 185)

Niat Puasa -

"Sahaja aku berpuasa, pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
pada tahun ini kerana Allah Taala"

Rukun Puasa :-

1. Niat ( Tempohnya bermula sesudah tenggelam  matahari  hingga terbit fajar )
2. Menahan diri daripada  perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar  sehingga  terbenam  matahari

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim ( Musafir tidak wajib berpuasa  tetapi wajib mengqada puasa selepas bulan  Ramadan)
6. Suci dari Haid dan Nifas bagi wanita

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz ( Tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak )
3. Suci daripada  haid dan nifas
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma dan air
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Membanyakkan Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Isnin, 6 April 2015

Festival Nasyid Peringkat Daerah Sabak Bernam

Tarikh    :  2 April  2015
Tempat  :  SMK  Sungai  Besar 

Festival  Nasyid  Peringkat Daerah  Sabak  Bernam  Tahun  2015 . Pertandingan  nasyid  untuk   sekolah  rendah  di Dewan  Makan Asrama dan sekolah menengah bertempat  di Dewan Bestari  SMK  Sungai  Besar .
Pertandingan nasyid sekolah rendah
Barisan AJK  Festival nasyid
Majlis Penutup Festival Nasyid 
Tahniah kepada SAM Muhamadiyah Johan Nasyid menengah

MTQ Peringkat Daerah Sabak Bernam 2015

Tempat  : SK Dato  Latif  Sabak  Bernam 
Tarikh    :  1 April  2015
Bilik pertandingan syarahan sepontan perempuan
Adat bertanding .... ada yang menang dan ada yang kalah
Tahniah bagi yang menang
Barisan hakim syarahan sepontan
Pertandingan Tilawah Al-Quran perempuan 

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...