Menyambut dan menghayati Hari
Kebesaran Islam seperti Sambutan Majlis Maulidur Rasul merupakan satu peristiwa
penting dalam sejarah Islam. Majlis sambutan ini merupakan suatu usaha ke arah memperingati
dan menghayati sirah perjuangan Rasulullah S.A.W. seterusnya menghayati dan mengamalkan ajaran Rasulullah S.A.W.
Rabu, 13 Mac 2013
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
KURSUS SIMULASI HAJI
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Malaysia cawangan Sabak Bernam telah mengadakan Kursus Simulasi Haji pada tahun 2012. Program dirancang bagi membantu murid agar lebih memahami serta dapat
merasai sendiri amali ibadat haji .
Semoga program ini dapat meningkatkan
kefahaman murid terhadap tajuk Ibadat Haji seterusnya dapat meningkatkan
prestasi Pendidikan Islam SPM .
MATLAMAT KURSUS SIMULASI HAJI :
Melahirkan murid-murid Islam yang dapat memahami ibadat Haji dengan lebih
mendalam dan menanamkan keazaman dalam diri murid untuk menunaikan kewajipan
Haji pada masa akan datang. Program Simulasi Haji juga merupakan salah satu program
Perkembangan Staf bagi guru Pendidikan Islam SMK Sungai Besar.
OBJEKTIF
Program ini dirancang dengan tujuan :-
1.1.Membimbing murid-murid agar
lebih memahami tajuk Ibadat Haji.
1.2.Melahirkan murid-murid yang mempunyai keazaman untuk melaksanakan
ibadat Haji pada masa akan datang.
1.3.Memberi pendedahan kepada
murid-murid mengenai situasi sebenar amalan ibadat haji.
1.4.Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
guru Pendidikan Islam dalam pengajaran Ibadat Haji.
Murid mencari batu untuk melontar
Melakukan tawaf
Ustaz Ramly memberikan penerangan sebelum melontar jamrah
MAJLIS BACAAN YASIN
Majlis Bacaan Yasin adalah aktiviti mingguan dan ia diadakan setiap pagi jumaat bermula jam 7.15am hingga 7.30am. Semua pelajar dan guru muslim akan turut serta dalam majlis ini. Selepas itu PDP berjalan seperti biasa. Majis Bacaan Yasin ini berjalan di minggu pertama persekolahan hingga minggu terakhir persekolahan.
Program ini adalah salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah sebagai satu pengisian rohani seterusnya membantu murid mencapai kecemerlangan akademik .
Program
mingguan ini dirancang dengan hasrat ianya mampu memupuk budaya cinta kepada al- quran dan melahirkan insan
murabbi yang cemerlang dunia dan akhirat. Diharap program ini dapat menyuntik
kesedaran beragama sekaligus meningkatkan tahap penghayatan Islam di dalam
rutin kehidupan seharian seorang individu yang bergelar muslim.
Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Muhid Bin Saian dan Ustaz Hj Mohd Redzuan Bin Kasim di atas pimpinan bacaan Yasin . Terima kasih jua diucapkan kepada semua warga SMK Sungai Besar atas sokongan dan komitmen anda.
LADAP frogasia
Panitia Pendidikan Islam bersama Panitia Sivik dan Panitia Pendidikan Moral telah mengadakan ladap frogasia. Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Melalui frog guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya. Pelajar pula dapat menghantar tugasan dan menyemak markah melalui frog VLE.
Kursus ini diadakan pada 8 Mac 2013 yang lepas. Menambah ilmu untuk kemudahan guru dan murid dalam pembelajaran maya. Frog nie bagus tetapi ia masih perlu kepada penambahbaikan. Akan datang frog ini tentu memberi banyak manfaat kepada semua guru. Sebagai contoh seorang guru yang berada di luar sekolah ,dapat memberikan latihan atau tugasan kepada murid melalui sistem ini. Tetapi tentu ada kelemahnannya juga . Bukan semua murid kita mempunyai internet di rumah.
Langgan:
Catatan (Atom)