Sabtu, 26 Mac 2016

PEMBELAJARAN VLE

Tahniah  buat guru2  Pendidikan  Islam  SMKSB  yang sangat aktif dengan pengajaran  dan pembelajaran menggunakan  VLE.  Murid-murid sangat teruja dan gembira  apabila  pdp menggunakan  VLE .  Ia berjaya meningkatkan motivasi guru dan murid . VLE .. Pendidikan abad ke 21
VLE ... murid gembira dan ceria
Guru membimbing murid bagaimana mencari maklumat
Murid menyiapkan tugasan dan mencari maklumat menggunakan VLE
Ustazah Nurul Ismah menggunakan VLE di kantin sekolah
Ustaz Hj Ridzuan bersama murid 5GE ... gembira pdp dengan VLE
Guru-guru mempelajari VLE dari Jurulatih ustazah Zuraidah
Di mana sahaja murid berada ... mereka tetap boleh belajar 
Tahniah ... moga anda berjaya dengan cemerlang
VLE di hadapan koperasi sekolah
Ustazah Hjh Fatimah bersama kelas 3RK
Ustazah Hjh Rasyidah bersama murid kesayangannya
Murid 5RC belajar menggunakan VLE
Ustazah Zuraidah bersama murid

Rabu, 9 Mac 2016

Program Bacaan Yasin 2016

Diadakan  pada setiap hari jumaat  bermula minggu pertama bulan Januari  2016. In sha  Allah  ia akan berterusan hingga bulan  November  2016.
Mendidik  jiwa anak2  murid agar dekat dan cinta dengan al quran. Memohon serta meminta hanya kepada  Allah  Yang Esa.

Sekiranya tidak hujan .. di Laman Malaysiana kami berkumpul . 
Ya Allah ... terimalah ibadah kami dan  ampunkan dosa kami
Guru - guru bersama dalam program Bacaan Yasin ... sentiasa mendoakan kejayaan anak didik
Bacaan Yasin 

Mudahan anak2 didik menjadikan bacaan al Quran sebagai amalan harian 

Selasa, 8 Mac 2016

Solat Gerhana Matahari

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan tidaklah terkait kematian atau kehidupan seseorang. Kerananya jika kalian melihat gerhana itu, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah dan bersedekahlah” [ HR Al-Bukhari ]
PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.
Cara Pertama :
Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua :
Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
Cara Ketiga :
Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiamyang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الصـلة جامـعة "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
اصلى سنة خسوف القمر ركـعتين مـأمومـا لله
تعـالى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
اصلى سنة كسوف الشمس ركـعتين
مـأمومـا لله تعـالى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر), manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Ssolat  Sunat  Gerhana  Matahari  di SMK Sg  Besar  
Murid mendengar  khutbah  


.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...