Ahad, 18 Oktober 2015

AWALI PAGI DENGAN DOA

AWALI PAGI DENGAN DOA

Oleh: Dr Abd Basit Abd Rahman

Setiap pagi, Nabi sallallahu alaihi wasallam selalu membaca doa ini:

اَللَّهُمَّ إنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, dan amalan yang maqbul (diterima)”

(HR. Ahmad (6/322)

Catatan:

Terdapat hubungan yang kuat antara makna yang terkandung dalam doa di atas dan waktu untuk membacanya.

Ummu Salamah meriwayatkan bahawa doa tersebut dibaca oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam setelah mengucapkan salam pada solat subuh, di mana pada waktu tersebut setiap orang memulai aktiviti hariannya.

Tiga perkara yang dipinta dalam doa di atas seolah menggambarkan sasaran utama yang harus dicapai seorang muslim dalam kehidupan sehariannya.

Seolah-olah dengan membaca doa di atas dia telah menentukan sasaran yang harus dicapai olehnya pada hari itu, sehingga dirinya terdorong untuk merealisasikan semua itu dibawah taufiq dan bimbingan Allah.

Berbeza dengan orang yang tidak memulai paginya dengan doa diatas. Langkahnya tidak menentu, hidupnya seolah-olah tidak memiliki arah tujuan yang pasti.

Wallahu a’lam

Selamat menjalankan aktiviti harian anda.

Jumaat, 9 Oktober 2015

Hari Sukan Negara SMKSB 2015

Sambutan  Hari  Sukan  Negara  pada hari sabtu bersamaan 10 November  2015. Hari ini semua sekolah mengadakan Hari Sukan Negara secara serentak.
Senam arobik guru dan pelajar
PK Kokurikulum dan Tn Pengetua
suasana ceria 
selepas rehat murid tingkatan 3dan tingkatan 5 meneruskan pdp seperti biasa . Murid tingkatan 4 meneruskan aktiviti sukan seperti bola sepak dan perlawanan bola jaring .
Bismillah ..... guru-guru memulakan larian 
Larian Bendang ..... 

Senaman itu menyihatkan .... 
Berhenti untuk possing ...... kemudian sambung lari 
Peserta paling cilik ... Adik Amani, 
Tn Hj Saroni ( Pengetua SMK Sg Besar )... turut serta dalam larian
Sebahagian dari staf dan guru-guru SMK Sg Besar yang menyertai larian

Terima kasih buat suteraungu  , u. Ahmad Muhid dan Zulfahmi  

Rabu, 7 Oktober 2015

Solat Hajat Perdana Tahun 2015

Alhamdulillah  syukur  selesai sudah program  Solat Hajat Perdana anjuran SMKSB dengan kerjasama PIBG SMKSB.
Alhamdulillah penuh kehadiran  ibu bapa dan pelajar  
Imam jemputan  khas ... Syukran  
Bacaan Yasin  
Semoga doa dimakbulkan . .. amin
Terima  kasih  kepada tetamu jemputan , ibu bapa , penjaga dan semua yang hadir.
Jamuan yang disediakan . 

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...