Khamis, 30 Januari 2014

Maulidur Rasul Sesi Petang

Sambutan Maulidur Rasul sesi petang  telah diadakan  pada 28  Januari 2014 bertempat di Surau At-Taqwa, SMK Sg Besar.

Terima kasih buat semua guru yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menjayakan Ceramah Maulidur Rasul tahun ini. Mudah- mudahan ia sangat memberi manfaat buat warga SMK.

Penceramah jemputan ialah ustaz Hazim Bin Basri Al-Hafiz merupakan imam di Masjid Ar-Raudhah Pekan Tanjung Karang.

Di akhir sesi ceramah ... beberapa soalan kuiz telah diberikan kepada murid. Hadiah diberikan kepada murid yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul.

Sambutan Maulidur Rasul Bersama PU Salman

Alhamdulillah kerana sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah selesai di adakan pada 28  Januari 2014.

PU Salman Bin Maslori  menjadi penceramah jemputan di sesi pagi. Terima kasih kepada Pu Salman kerana sudi memenuhi jemputan kami. Program dimulai dengan bacaan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, diikuti bacaan Ayat suci Al-Quran serta terjemahannya.

Oleh kerana Kelewatan PU Salman .... ustaz Ridzuan dengan kebijaksanaanya telah mengisi ruang yang ada dengan memberi  soalan2 kuiz dan mengeluarkan wang dari poket sendiri sebagai hadiah kepada murid2 yg berjaya menjawab kuiz  dengan betul. Terima kasih diucapkan kepada ustaz Ridzuan selaku pengerusi majlis ketika itu.

Ceramah PU Salman berjaya menarik perhatian murid2 yang sememangnya ramai . Semoga mereka dapat menghayati dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW  dalam kehidupan seharian. Diakhir ceramah .... kami meminta PU Salman melontarkan beberapa soalan berkaitan Rasulullah SAW dan hadiah2 telah disediakan oleh panitia.

Memang menjadi kebiasaan Panitia Pendidikan Islam menyediakan hadiah utk soalan kuiz apabila selesai sesi ceramah. Ia bertujuan supaya murid2 sentiasa mendengar dan ambil perhatian setiap ceramah yang disampaikan. Alhamdulillah ia memberi kesan yg baik untuk murid2 kami.. Terima kasih kepada semua guru2 yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program ini.

Kehadiran PU Salman...
kehadiran guru



suasana di dalam dewan

Aksi PU Salman



Murid menjawab soalan kuiz

Teruja murid2 nak menjawab soalan 



TQ PU Salman

Di sebalik tabir... 

Selasa, 28 Januari 2014

Sifat Ujub

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
TAZKIRAH HARI INI...
UJUB


Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Orang yang pandai masak, kagum dengan masakannya.
Orang yang pandai menjahit, kagum dengan jahitannya.
Orang yang pandai menghias, kagum dengan hiasannya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

Tq  Ust Kay

Sabtu, 25 Januari 2014

Sifat Sombong

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH PAGI INI...
Sombong
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan."
Maka seseorang berkata:
"Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?"

Maka berkata Rasulullah:
"Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain."
(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong."
-(Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya."
(Hadis riwayat Muslim)

Imam Al Ghazali berkata ; 
"Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar." 
Orang yang sombong atau takabur ini mudah menghina orang lain dan akan marah jika ada yang mengatasinya ia akan dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan akan berdendam dengan orang yang menandingnya. 

Surah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni'matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi."

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri."Hati-hati dengan sifat sombong ini kerana segala nikmat dan kelebihan di dunia ini tidak ada apa-apa nilai di sisi Allah swt melainkan iman dan taqwa sahaja yang membezakan antara kita. Sifat sombong adalah sifat yang keji dan kotor. 

Sheikh Abdul Kader Al- Jilani telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini. 
Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.

Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, jangan lah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
Lawan daripada sifat sombong ialah sifat tawadhuk atau rendah diri. Sekiranya seseorang telah berjaya mengikis sifat sombongnya akan datanglah sifat tawadhuk padanya, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.

Dari Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah; 
"Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai, satu rantai sampai ke langit ke tujuh dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendahkan diri, Allah mengangkatnya dengan rantai yang di langit ketujuh dan apabila ia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai yang di bumi ke tujuh." 
Tazkirah oleh Ust Kay

Jumaat, 24 Januari 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah

Sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah bagi tahun 2014/1435H, 
sekolah telah menghantar satu kumpulan murid bagi menyertai perarakan tersebut . Adat bertanding, mesti ada yang menang dan ada yang kalah. Pastinya yang menang punyai banyak keistemewaan .

Apapun.... bagi pihak panitia, saya ucapkan terima kasih atas bantuan dan kerjasama rakan2 dalam menguruskan penyertaan ini. Terima kasih ustazah Rabiatun dan cikgu Lutfi yang melatih murid berselawat. 

In sha Allah... jika banyak keistemewaan yang kita miliki dan jika ada rezeki, kemenangan pasti dimiliki.


Penyertaan SMK Sungai Besar






Jumaat, 17 Januari 2014

Kejohanan Merentas Desa

SMK Sg Besar telah berjaya mengadakan kejohanan Merentas Desa pada hari khamis 16 Januari 2014 . Pagi acara merentas desa dan selepas rehat pdp seperti biasa.

Tahniah kepada PK Kokurikulum Pn Sazuna Abdul Wahid kerana telah selesai satu program bagi tahun ini. Tak perlu cerita banyak2... kita lihat je suasana semasa kejohanan.
Wajah2 ceria guru2 di hari Kejohanan
Possing dulu sebelum bermula
Datin Suhaida ....
Gembira dapat saling membantu
Datin nak meronda


Wajah2 gembira peserta  kelas B ... 

Lorong penamat ... Guru sudah bersedia menunggu juara
Tahniah untuk pemenang2 Kejohanan Merentas Desa

Berehat setelah penat berlari 
Menikmati juadah yang disediakan .... tak kira di mana lokasi, yang penting perut perlu di isi.
Haus betul .... Macam tak cukup je air nie...
Inilah antara kenangan indah, buat anda yang bergelar pelajar. Suatu saat nanti pasti anda akan merinduinya.

Gaya seorang pengacara kejohanan
Peserta2 dari Pendidikan Khas
Majlis Penutup Kejohanan Merentas Desa 2014

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...