Khamis, 12 September 2013

Program Peningkatan Prestasi PMR 2013

           13 September 2013 .... selepas program bacaan yasin di laman malaysiana.  Program peningkatan prestasi 2013 telah diteruskan . Program ini adalah utk menghargai pencapaian murid2 kerana telah berjaya meningkatkan prestasi mrk dlm akademik berdasarkan peperiksaan percubaan pmr yg lepas.
       Semoga calon2 pmr 2013 akan terus gigih berusaha mencapai kecemerlangan akademik mrk. Ini diantara satu usaha pihak sekolah bg meningkatkan motivasi murid2 dan memberi galakan utk terus cemerlang.   Untunglah  mrk  sbb bnyk dpt hadiah.  Dan setiap panitia menyediakan hadiah utk murid2 yg berjaya.

Jelajah Ilmu di Pantai Bagan Nakhoda Omar

12 september 2013. ..... ulangkaji secara santai di tepi pantai untuk murid2 yg bakal menduduki peperiksaan pmr dan spm 2013. Gigih guru2 merancang program dan membawa mrk ke sana.... mudah-mudahan mrk menjadi murid yg cemerlang dlm pmr dan spm nanti.
    
        Lebih kurang 20 buah kereta digunakan utk membawa anak2 murid nie.. Setengah jam perjalanan. ... sampailah kami ke destinasi yg dituju. Sebenarnya itulah kali pertama saya sampai ke sana. Wp dekat tapi saya tak pernah singgah pun ke pantai tu..

           Mula2 mrk  buat ulangkaji subjek matematik. 1 jam buat ulangkaji mate .... berhenti rehat dan makan2.  Makanan yg banyak dan sedap2 dibawa oleh rakan2 guru.... makanan yg dibawa...  ketupat dan rendang, roti jala dan kari, karipap, apam, dadih dan kek. ..makan di tepi pantai dengan hembusan angin yg menyenangkan  ...... nikmatnyee

           Perut kenyang .... sambung lagi dgn latihan bahasa Inggeris. Murid je yg buat latihan , guru pantau dan beri bimbingan. Memang suasana yg menyeronokkan . Ia satu kenangan indah buat mrk yg menyertai..
Tq .... PK KOKO & rakan2 guru2  yg spotting ....

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...