Rabu, 28 Ogos 2013

Ladap ke 3 - FROGASIA

         28 Ogos 2013 ladap ke 3 diadakan di Dewan Bestari SMK Sg Besar. Ladap kali ini mengenai Sistem Pengurusan Sekolah dan Frogasia. Program bermula jam 8.00am hingga 11.00 am   ( Guru sesi petang ) dan   2.30pm hingga 5.30pm   .   ( Guru sesi pagi ) Penceramah adalah Ustaz Ahmad Muhid Bin Saian ( Penyelaras ICT SMK SG BESAR ).

Objektif Program :
1  Meningkatkan keahiran guru dalam mengeksplorasikan FROGASIA.
2  Memastikan semua guru mengaplikasikan FROGASIA dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
3  Pendedahan kepada guru aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS ).
    
      

Jumaat, 23 Ogos 2013

Program Tazkirah

      Sempena Ihya Ramadhan 2013. ... program Tazkirah semestinya salah satu di antara program yang dilaksanakan oleh panitia Pendidikan Islam. Tazkirah disampaikan semasa perhimpunan mingguan dan perhimpunan khas.
       Apabila tiada perhimpunan. .. tazkirah disampaikan melalui pembesar suara di sekolah dan ia dpt didengari oleh seluruh warga SMK.  Tazkirah disampaikan oleh guru bertugas mingguan. Alhamdulillah kerana mendapat kerjasama yang baik dari guru2.
     Tazkirah disampaikan oleh ustaz Ahmad Muhid bin Saian.. Terima kasih ustaz kerana banyak membantu. ..
       

BUBUR LAMBUK

  Sempena ketibaan bulan Ramadhan yang lalu. Unit kokurikulum SMK Sg Besar telah mengadakan satu program iaitu  perang periuk bubur lambuk. Kos dan bahan untuk menyediakan bubur lambuk disediakan oleh unit kokurikulum. Guru dan murid bergotong royong menyediakan bahan utk memasak bubur lambuk.
     
     Aktiviti yg menyeronokkan dan satu pengalaman baru bagi murid . Masak bersama mengikut kumpulan yg telah ditetapkn dan 4 periuk bubur lambuk telah tersedia.

   Oleh kerana memasak di bulan puasa,  maka khidmat guru bukan Islam diperlukan untuk  merasa bubur lambuk agar cukup rasanye .

       Apabila bubur lambuk telah siap... maka kerja2 pembungkusan pun bermula.. bubur lambuk diberi kepada murid dan guru. Dan  Program bubur lambuk ini boleh diteruskan lagi pada masa yg akan dtg.

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...