Jumaat, 15 Februari 2013

Kursus Pengurusan Jenazah





En Abu Hassan Bin Dollah menyampaikan ucapan.

Ini adalah pogram pasca PMR .Panitia Pendidikan Islam sebagai penganjur untuk Kursus Pengurusan Jenazah dan bekerjasama dengan bakal pengetua En Abu Hasan Bin Dollah yang sedang menjalankan praktikal kepengetuaan di SMK Sungai Besar.
Penceramah iaitu Imam Kamal Bin Sahlan memulakan ceramah

kehadiran murid tidak ramai, mereka baru selesai peperiksaan PMR. Jadi ramai yang ponteng sekolah

antara guru yang menyertai kursus pengurusan jenazah.

persediaan untuk mengkafan jenazah. Model jenazah  adalah  patung.  

aktiviti mengkafan jenazah sambil dibantu oleh murid.


penceramah memberikan penerangan dan tunjuk ajar kepada  murid dan guru. 

Amali solat jenazah . Hanya disertai murid lelaki 


selepas solat jenazah, penerangan mengenai pengebumian  dan talkin
cenderahati untuk penceramah. Terima kasih atas bimbingan ustaz

cenderahati untuk pembantu Imam




semoga ia memberi manfaat buat semua. Syukran kepada semua yang terlibat  









Program Panitia Pendidikan Islam 2012

Panitia Pendidikan Islam SMK Sungai Besar telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2012.  Program yang baik akan terus dijalankan untuk tahun ini dan tahun2 yang akan datang, Insyaallah.
Terima kasih kepada rakan GPI, rakan guru dan semua warga SMK Sungai Besar yang memberi kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan semua program. 

Program yang tersenarai lebih merujuk kepada program kerohanian. Program yang melibatkan kecemerlangan akademik tidak disenaraikan disini . Insyaallah akan masuk dalam entri akan datang.

PROGRAM   KOAKADEMIK  DAN KEROHANIAN TAHUN 2012  
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  SUNGAI BESAR

 


BIL PROGRAM TARIKH
1 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 3 FEBRUARI 2012
2 SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM 27 JANUARI 2012
3 BACAAN YASIN SETIAP JUMAAT
4 MAJLIS TADARUS AL-QURAN ( MTQ ) DAN FESTIVAL NASYID 22 MAC 2012
5 BACAAN DOA PAGI SETIAP HARI 
6 PROGRAM KASIH JAWI 3 MEI 2012
7 PROGRAM SIMULASI HAJI 7 MEI 2012
8 PROGRAM IHYA' RAMADHAN 23 JULAI - 15 OGOS 2012
9 CERAMAH NUR RAMADHAN ( NUZUL AL-QURAN ) 7 OGOS 2012
10 PROGRAM NUR RAMADHAN 10 OGOS 2012
11 PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI MURID  27 SEPTEMBER  2012
12 SAMBUTAN AIDIL ADHA DAN QURBAN 29 OKTOBER 2012
13 KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 31 OKTOBER 2012
14 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA KANGSAR, PERAK 3 & 4 NOVEMBER 2012
15 BULETIN DAKWAH JAN - OKT  2012



Belajar Buat Blog

Blog Panitia Pendidikan Islam telah lama diwujudkan oleh guru2 Pendidikan Islam di sekolah lain.   Saya baru nak mula.  Inilah kesempatan yang ada untuk membinanya. Ikut ladap untuk  buat blog dah lama tapi ...... dah lupa. maka terkial  kial sebab baru nak mula. Syukur kerana ada rakan yg sudi tunjuk ajar .
Kena usaha lebih ni... dengan buka buku panduan Blog & Google, cari maklumat di internet dan lihat blog rakan dan GPI lain utk dijadikan panduan. semuga berjaya

.SALAM

.SALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...